Wednesday, November 4, 2009

tersepit di tengah

ada diantara sahabat menjadi musuh antara sahabat, dan kau sebenarnya berada di antara dua pertelingkahan tersebut hanya kerana idealogi yang berbeza.

kalau kau dipilih diantara dua, mana satu jalan yang kau pilih? walhal diantara kedua tersebut merupakan rakan karib kau sendiri?

pasti sukar membuat keputusan bukan? orang lain buat taik takkan kau nak masuk campur? tak boleh kat sini yang sana terasa, tak boleh kat sana yang sini terasa. kalau tak dilayan dua dua tarik muka.

apa yang perlu kau buat?

Sunday, September 6, 2009

Review gadoh the movie

Agak terlewat juga untuk aku melihat tontonan ini. dikeluarkan pada May 2009 tapi first time aku tengok terus jatuh cinta pada seni teater. karektor yang juga boleh dikatakan sesuai dengan sosial masyarakat kita sekarang yang majoriti mentaliti masih ditakuk lama. resis dan prejudis memang tak lari dari dalam diri setiap bangsa sejak dari turun temurun.

walaupun bagi aku ini bukanlah satu jalan yang boleh menyatukan bangsa dengan mudah, tapi apa yang pengarah Brenda Danker dan Namron ingin sampaikan, boleh dilihat dengan mudah iaitu semagat nasionalisme antara kaum.

mungkin bila menonton sahaja cerita ini sesetengah masyarakt akan terasa tersinggung dengan perkataan-perkataan kesat dikeluarkan tanpa menyuntingnya terlibih dulu. ini lah kekuatan cerita independence sebenarnya. overall aku amat berpuas hati. so aku recommend korang untuk tengok ini wayang.. :D

"SENI TIDAK BOLEH DI POLITIKKAN" - Namron



DESCRIPTION:
Jointly organised by Wanita Gerakan Selangor and Pahlawan Volunteers, Gadoh the movie is produced by KOMAS, a Malaysian human rights organisation and directed by Brenda Danker and Namron.

Gadoh, a 70-minute feature film that explores our perception of identity and challenges our hatred of the “other”.

SYNOPSIS:
Gadoh tells a story of a group of teenagers who fought each other along racial lines; a cycle of hatred and violence further escalated by their environment and school system.

What was to be a quick resolution to improve the school’s bad image, was taken as an opportunity for one teacher who believed that real change was possible. She ropes in the help of an old friend and reluctant maverick theater activist for this arduous task.

Is there hope amidst the cycle of discrimination that surrounds us?

Watch Gadoh for their story, and what it may very well tell us about ourselves.

Saturday, September 5, 2009

kenapa aku jadi aku?

dan bukan engkau? atau orang lain yang hidupnya lebih sempurna? mungkinkah soalan aku nih melampaui batas?

mari kita berpikir sejenak kenapa hidup kita masih terdapat kekurangan..
kurang usaha ker? tanya lah diri sendiri..

kadang-kadang hidup ni amat stress. sebab itu lah diberikan daya pemikiran untuk kita memilih jalan yang baik atau tidak atau sekurang kurangnya bersedia menghadapi rintangan yang datang. sesungguhnya engkau bijak. cuma perlukan sokongan. iya, sokongan. sebab itu hidup ini perlukan pasangan. 1,2,3 atau empat.. :D



banyak persoalan timbul. kenapa aku tak jadi engkau? kenapa aku tak lawa? kenapa aku tak kaya? kenapa aku tak ada kete evo? terlalu banyak sangat kenapa memang tak akan dapat membantu memotivasikan diri.

aku bukanlah seorang yang pandai dan senang juga. tapi nak tak nak hidup perlu diteruskan, survive bak kate omputih. yang penting kita perlu ada sedikit rasa kesederhanaan dan terima seadanya. itu boleh memberikan hidup kita hepi. cubalah!

p/s: sesungguhnya aku adalah manusia yang tak berapa nak terima hakikat jugak.. :D

Wednesday, August 26, 2009

Syok sendiri

haa, aku rasa ramai orang penah alami. tak kira laki ke pompuan kan.. siang malam asik terbayangkan wajah si dia.. kadang kadang dalam tido pun mimpi dia. mimpi basah? owh no.. hanya korang je yang tau.

kenapa yer, kita ni memang dilahirkan bukan nak cakap perahsia, bukan jugak nak cakap tamak. tapi mesti ada sifat itu.

kenapa pulak aku cakap tamak? sebab dalam diam kita suka dekat orang lain walhal kita sendiri sudah berbini/berawek. haa.. apa kes?

salah ke tidak tu? bagi aku tak salah syok sendiri nih, kalau nak berimiginasi apatah lagi. bukannya betol kan. tapi kalau betol cepat-cepat lah sambar..

asalkan benda tu jadi rahsia dan bukan realiti aku condiser ia boleh diteruskan. cumanye jangan sampai nanti jadi psyco pulak.. nyaya tu..

Tuesday, August 25, 2009

Keperluan untuk menangis

perlu atau tidak? itu bergantung pada keadaan lah kan. bila suasana dalam keadaan sedih dan duka, mestilah korang nangis.

tapi untuk nangis tu amat sukar bagi lelaki, dan wanita? kadang-kadang boy dia sergah sikit pon dah nangis.

so aku definisikan perempuan ni memang kememeh. ha'ah, bukan apa, sebenanrnya mereka ni sangat pandai. kenapa?

nangis ni bagi diorang adalah satu senjata bagi melembutkan hati lelaki. tak percaya?

percayalah, sebab aku pun pernah mengalaminya. contoh, bila tengok si dia menangis pabila aku marah, secara otomatik hati aku ni sayu jer, kadang-kadang rasa menyesal timbul..

haa kan, begitu mudah je perempuan menundukkan lelaki ni.. tak susah mana pun.. :D

mungkin mereka ada lagi pelbagai senjata. who knows.. Guys beware!

Sunday, August 23, 2009

puasa datang lagi

Selamat berpuasa bagi seluruh kaum beragama islam..



aku disini ingin memohon kemaafan zahir dan batin dengan korang yang telah banyak aku sakitkan, menertawakan, mengutukkan dan sebagainya..

aku hanya manusia biasa yang tidak lari dari membuat kesalahan..

tolonglah bimbing aku..

Thursday, July 9, 2009

reaksi #2: 20 perkara wanita bencikan lelaki

11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran.!

REAKSI: wawawa.. kemain dia nih.. kalau nak ikutkan statistik, para wanitalah mengungguli kategori nih.. sejak azali lagi asik dapat crown ajer..

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita.

REAKSI: ini dah macam sesi meluahkan perasaan nampak gayanyer. kerja sekarang tak macam keje dulu cik adik oi, sabtu ahad pun kena kerja tau..

13. PANAS BARAN
Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah !!!!

REAKSI: sampai sepak terajang? bagaimana plak kalau perempuan yang buat kat lelaki? tak penah dengar? kan dah cakap tadi lelaki ego, cam ne nak dengar cite ni.. lain lah pompuan kan, baru cuit jari sikit kecoh satu kampong..

14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

REAKSI: kalau ditegur salah tak ditegur salah. kalau dah tau si lelaki memang perokok tegar jangan lah dikesah. memang sukar nak berhenti punye..

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar.

REAKSI: itu lah sebab lelaki dan wanita ni ada perbezaan dan saling memerlukan. kalau sama aje, mesti you boring. sesetengah wanita suka dengan bau lelaki, sexy. tak percaya?

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita.

REAKSI: haha, habis tu makan macam kura-kura. tertib sangat. tah apa yang dimalukan. bab makan sebat je la, nanti lemau plak makanan. tak baik untuk kesihatan.

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya?

REAKSI: you ni jeles sangat kenapa. ajak you ikut i maen bola nanti you kata boring plak.. ni pun dengan kawan-kawan. kalau i dating dengan pompuan lain karang. you nak?

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya.

REAKSI: perempuan suka hal remeh temeh diperbesarkan. itulah masalahnya..

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri.

REAKSI: kadang-kadang perlu supaya tidak menyakiti hati teman wanita yang sangat kuat cemburunya. kawan-kawan lah penyelamat..

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda.

REAKSI: hey! lelaki memang macho ok! nak harapkan you yang puji? you tu yang jeles kan.. hahaha..

reaksi #1: 20 perkara wanita bencikan lelaki

aku telah mendapat email dari seorang hawa dan aku rasa perlu untuk aku memperjelaskan lagi reaksi bagi pandangan seorang lelaki.

1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

REAKSI: lelaki sebagai ketua keluarga haruslah bersikap tegas. kalau lembik mcm sotong, akibatnye kena queen control lah! ini tak bleh jadi..

2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

REAKSI: lelaki sebenarnya memang nakal. dan perempuan suka dengan lelaki nakal tapi masih tahu batas-batasnya. bagi aku perempuan ni memang kuat cemburu, itu lah memacam spekulasi ditimbulkan sampai sesuatu perkara yang tak benar boleh jadi betol.

3. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

REAKSI: perempuan diciptakan tuhan sebagai orang yang paling indah didunia. so normal lah lelaki suka "cuci mata" tu..

4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu.

REAKSI: bukan kongkong namanye nih, dah menjadi kewajipan seorang isteri meminta izin suami dahulu sebelom keluar rumah.. yang belom berkawin plak, lelaki jenis bergini dia amat mengambil berat dalam segala urusan pasangan. sape tak sayang awek oii..

5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

REAKSI: bagi aku ego ni umpama maruah bagi lelaki. kalau ego ni tak ada ibarat perempuan memakai baju tanpa bra di khayalak ramai.. jatuh tu air muka.

6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini.

REAKSI: yang ini memang tak kira jantina. bukan sebab faktor gen mahupun usia. kalau nak menipu tu menipu jugak. makcik tua sekarang pon pandai mentipu..

7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…

REAKSI: eh, ni sepatutnye ditujukan pada siapa? konpius aku..

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan!

REAKSI: kemahuan seharusnya perlu diutamakan dulu nak-nak kalau pakai duit sendiri kan.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

REAKSI: sifat bermanja dan dimanjakan tu lah kadang kadang merimaskan lelaki you.. walaupun lelaki kurang bagi perhatian, tak semestinya dia tak sayang kamu. tunggu lah habuannya bila abang balik kerja nanti ye sayang. bapa round mau?

10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

REAKSI: ni tepuk dada tanya selera. perempuan pun sama jugak rasanya. bila dah buta sangat alamatnya perhubungan sukar diselamatkan. rengungkan lah..

sambung..

Friday, June 19, 2009

kotak otakku rosak #1

untungnya jadi lelaki - iye?

1. tak perlu mengandung
2. garaj kereta totally kita yang punya
3. wedding plan diorang yang aturkan
4. kos gunting rambut serendah RM6 ajer
5. spenda RM10 untuk 3 pasang
6. mandi 5 minit pon cukup
7. orang tak perlu melihat dada kita



8. sentiasa kelihatan muda
9. satu kasut pakai la sampai rabak baru tuka yang lain
10. tak perlu tahu apa itu manicure pedicure
11. mekanik akan memberitahu hal sebenar keadaan kereta anda
12. cukur bulu? owh itu tak penting sangat
13. berat badan pon tak perlu dipikirkan sangat
14. balik lewat malam, 3-4 hari tak balik rumah, huhu.. siapa yang kesah?
15. sentiasa membayangkan dirinya macho hensem lagi gagah perkasa

kamu pula??

Tuesday, June 16, 2009

kau bila nak kawen??

yahh!! soalan lazim la tu bila usia meningkat jadi abang-abang nie.. tapi aku masih kelihatan muda ok!

kadang-kadang penat jugak nak jawab..

tapi kadang-kadang bila kita sendiri yang datang ke majlis kawen kawan, tetiba jadi sedih..

sedih bila la nak kawen..

ramai orang cakap "kalau aku tau kawen tu best, awal-awal lagi dah buat.. nikmat yang amat.."

memang la best kan, tapi aku takut:

1. tanggungjawab sebagai seorang suami
2. cam ne nak bagi anak bini cukup makan
3. cam ne nak bagi anak bini hidup senang
4. takut isteri bersalin (sape tak sayang bini oii~~)
5. cam ne nak didik keluarga ke arah yang lebih baik

bila pikirkan balik, berat sungguh pengorbanan yang perlu dipikul..

orang tua selalu kata "bila kita melangkah ke satu arah kebaikan, rezeki itu sentiasa akan datang.."

so??

Wednesday, June 3, 2009

cuci otak: kisah teruna dan dara..

TERUNA

"hye cik dara, boleh berkenalan?"

"hei, kamu siapa?"

"saya lah teruna pujaan.."

"orang di sini tak layan lah abang teruna disana.. tak tau malu.."

"alah, sombongnye cik dara sorang nih.."

"saya bukan dara lah, saya bini orang.."

"yang tak dara lah banyak pengalaman.."

"GATAL!!!"


DARA

"hye en abang, nak nombor heponnye boleh?"

"err..(sambil memerhatikan rupa dan bentuk badan wanita tadi), nak berkenalan ker?"

"mestilah, abang ni hensem dan bergaya.."

"terima kasih.."

"abang ni solo lagi ker?"

"mestilah.. (fuh, walaupun aku dah anak dua, masih laku lagi yer..)"

"wow! i loike.."

"jom abang belanja makan nak?"

"ok.."


see the difference? sebab tu lelaki ada kuota 4.. winks~~

Thursday, May 28, 2009

cuci otak: beza antara lelaki dan wanita

iya.. wanita lebih beremosi berbanding lelaki. kenapa? hormon?

apa tanggapan lelaki terhadap wanita?

wanita = cepat marah
wanita = mengamok tak tentu pasal
wanita = kebanyakannya bertindak tanpa berfikir
wanita = suke bershopping
wanita = psyco

tapi apa pulak tanggapan wanita dekat lelaki?

lelaki = tak matang dalam buat keputusan
lelaki = suka berpoya
lelaki = tak pandai jaga hati wanita
lelaki = 99% pemikiran lucah
lelaki = pendendam

bagi aku tak kira mana-mana lelaki ataupun wanita semuanya typical. mungkin sifat naluri mereka sesama kaum tu sangat menebal.

memang tak semua. tapi sekurang-kurangnya 50%-80% ada.

hakikatnya manusia sebenarnya selalu berubah sikap dan pendirian. kadang-kadang kita rasa kita ok. tapi dalam masa yang sama sebenarnya mereka tak dapat menerima perubahan itu sampai ada yang berkecil hati..

sesuatu perubahan memerlukan sedikit pemahaman dan kesabaran. it always a reason..

jadi, tanggapan tu perlu ditepis, bukannya satu pirority dalam mengadili personaliti.

just give her/him time dan buangkan ego anda and then u will find out..

Wednesday, May 27, 2009

setelah kembali normal

sabtu lalu aku OD..
buat pertama kalinya..
sungguh aku rasa sangat paralyze..
hanya kemampuan yang biasa ku capai ialah pendengaran..
aku tak mampu berkata-kata..
aku tak mampu membuka mata..
cuma yang aku maukan
kesedaran..

bergini rasanya ketika aku sendiri melihat keadaan orang lain..
sungguh aku akan kawal nafsu ku lepas ini..
peace..

Thursday, May 7, 2009

jari jemariku gatal

sejak akhir-akhir nih aku asik saja dengan rumah yang satu lagi. mugkin tiada minat untuk berkunjung ke sini ataupon sudah ketandusan akal.

owh tidak juga, kerna jari jemariku semakin gatal untuk entry-entry yang akan mendatang. betol lah kata orang, yang satu ini pon susah nak jaga apakan lagi berbini empat. wahai isteri-isteriku tersayang, abang akan berusaha membahagiakan kamu semua.

sedih pabila melihat blog tidak diupdate, pengunjung juga ramai yag sakit hati. maafkan daku.

selagi jari-jemari ku ini berfungsi, akan ku gunakan sepenuhnya tenaga yang ada. ha'ah, bukan untuk memicit jerawat dan bukan juga mengorek hidong. bukan untuk meramas mesra dan bukan juga untuk tujuan memenuhi napsu serakah. hehehe..

semuanya akan berlaku disini..

Monday, April 20, 2009

aku sebuah robot

kehidupan aku tak tumpah seperti sebuah robot. kenapa?

1. hidop penuh dengan jadual
2. mereka beri arahan, aku kena buat
3. kerja sentiasa dalam standby mode
4. kalau kena marah, kena tunduk kepala dan sentiasa berkata "iya!" walaupun kebenarannya adalah 100% salah
5. bos cakap buat A, kena buat A bukan Z
6. bos cakap jangan hisap rokok, tak boleh hisap ler..
7. kena pergi duplicate kunci walaupon itu bukan bidang aku
8. kalau orang lain buat salah, siap sedia kena marah
9. pukul 8.30am kena punch in
10. jangan harap nak balik pukul 5.00pm



tapi apa yang robot tak buat..

1. berak
2. buat sex
3. tido
4. shuffle
5. karoke

isk isk.. sadisnye..

Wednesday, April 15, 2009

cuci otak: ape yang korang buat..

jika lubang hidong ada "orang" di tempat awam? ill bet u it so irritating nak-nak ada terasa geli gemelan bila nafas disedut dan dihembus, tapi bila itu jari sudah cucuk itu lubang dan "orang" tadi berjaya dikeluarkan, amannye yang amat..

so what usually we pretend to do?

a. korek hidung sambil garu hidung. supaya orang ingat anda sebenarnye tengah garu hidung.
b. tutup dengan jaket/hooded/cardigan lepas tu korek lah hidung
c. bebuat bersin
d. korek je hidong. ape masalah diorang, lantak la..

dan seterusnye "orang" tadi..

a. digentel-gentel sampai rasa sebati, dan jentik lah ia..
b. kesat kat tempat duduk/bawah meja
c. kesat kat baju/seluar orang sambil buat tak tau
d. kesat kat tisu yang disimpan dalam handbeg (sangat sopan)

keputusan ditangan anda.. shuuu.. :D

Monday, April 13, 2009

kau jual aku beli

first thing, aku nak say sorry sebab agak lama tak mengupdate blog ni.. bz with FB-ing.. huhu..

ok, ok.. now aku nak ceritakan sikit pengalaman aku berurus niaga kat dalam e-bay. this is my first time buat transaction oversea.

see this shoe?



kasut Reebok Classic Freestyle yang sangat limited dan rare nih
jika nak dibandingkan dengan harga kat Malaysia dan Singapore, sure korang tak bleh dapat apa yang ada kat dalam Ebay nih. This is why im choosing it.

tapi yang paling best, jika korang bertuah, korang akan jumpa gewd seller yang membenarkan buyer membuat offer.

so dari harga kasut tu USD34.99, aku mintak kurang kepada USD30. then seller accepted sebab alasan aku shipping sangat mahal. lagi mahal dari harga barang sebenarnye. tak apa asalkan ia selamat sampai.



habis je sesi nego menego, terus je aku click buy now. duit akan ditolak terus melalui akaun Paypal. dan bape minit kemudian Paypal akan ganerate DO terus saja dalam e-mel.



kemudian flow duit tadi terus masuk ke dalam akaun kredit kad aku.



jadi, selesai sudah transaksi uwang. sekarang tugas penjual pula untuk menghantar order aku.

respek pada penjual sebab hari esoknya terus saje parcel dihantar ke pajabat pos. tak lama lepas tu, penjual menghantar mesej mengatakan barang sudah dihantar dan memberikan No. parcel untuk memudahkan aku menjejak. USPS dan Ebay juga akan menghantar emel. so aku tak ada lah risau sangat.

kini tugas posmen plak mengambil alih. tunggu punye tunggu, parcel yang diorder telah pun sampai Malaysia. seperti yang dijanjikan, 5 days delivery. cekap btol posmen USPS ni..



sbenarnye aku tak risau sangat kat posmen. aku risau kat kastam je. nampaknye semua berjalan lancar.

dan ini lah parcel yang telah sampai..



tengok la plak makcik ni bergaya sakan.. ala-ala awek 80'an gitu.. hoh!



peace..

Tuesday, March 24, 2009

im so lazy



half of my head say rest and another is sex..

owh i wish i could..

Tuesday, March 17, 2009

cuci otak: apa yang anda nampak..

Benda yang tidak asing lagi dalam kehidupan kita? yang selalu kita pakai dan sangat jarang dilihat oleh orang ramai?

haish, tak perlu lah segan silu, masuk tiga segi keluar gulung-gulung itu.. semua orang dah tahu..

tak banyak diantara kita amik prihatin mengenai tahap kesihatan undies/boxer/brief or what so ever. tapi cube korang perhatikan bebetul apa yang korang slalu nampak?

okey, ni sedikit maklumat yang selalunye aku dapat dari kaca mata ku sendiri, btw term kat bawah ni aku main reka cipta je tapi isi ada butol dey..

1. shait man
kalau perasan, terutamanye bagi "things" korang bewarna cerah, akan kelihatan kekuningan di setiap penjuru kelengkang.. ni kesan daripada peluhan..

2. arigato gozamisu
selalunye di bahgian tengah kelengkang, boys, u dun have to worry. ni pompuan aje yang ada..

3. amitha bachan
atau dalam bahsanye disebut tahik lalat. biasa terjadi bila "things" anda tak proper kering, masih dalam keadaan lembab pas tu korang maen sarong jer..

4. i lurve vintage
haa, yang bagi peminat old skool, akan terlihatlah bahgian-bahgian yang koyak-koyak dan keadaan getah yang dah loose. aku masih tak paham kenapa diorang still suke pakai. dan jawapannya mudah saja.. peraliran udara yang sempurna!

5. my name is isis
ni paling special, nak-nak bagi mereka yang duk kat asrama. setiap "things" kepunyaan dia akan dilebelkan di belakang belah dalam "things" tersebut. bertujuan memastikan tiada orang tersalah amik dan memakainya..

hah, apa lagi yang korang nampak yang aku sendiri tak nampak??

Thursday, March 5, 2009

10 perkara anda perlu tahu

Apa yang lelaki selalu tipu dekat wanita. Mostly perkara ni sangat lazim bagi sesetengah orang. So bagi mereka yang baru mengenali lelaki, enjoy..

1.umur
kebanyakan lelaki nampak lebih muda dari umur sebenar. Tak kesah lah kalau dia menipu 2-3 tahun lebih muda dari umur sebenar. 5 tahun keatas, agak keterlaluan. Tapi kalau dia ckp 10 tahun lebih muda, korang caye ker??

2.tinggi
lelaki jugak sbenarnya malu nak cakap yang dia tu pendek. Terasa macam stok kena buli je rasa. So bagi anda yang mengenali lelaki ini di alam maya, jangan mudah percaya dengan ketinggian mereka. Biarlah gemok jangan pendek. Hoh!

3.pekerjaan
perkara biasa. Salah satu trick untuk memikat hati wanita terutama mereka yang pentingkan pangkat dan harta. Yang peliknya, ada yang dah 2-3 anak tapi masih tak tau laki dia kerja apa. Yang dia tahu, “my husband buat bisness import dan export okey..”

4.kewangan
wanita sangat lemah bila sebut pasal duit nih. Kelemahan yang paling senang untuk lelaki menipu anda. So jaga-jaga..

5.mereka ni pandai
anda perasan tak yang mereka ni kadang-kadang berbual macam dia tu tahu semuanya? Maybe sebab dia nak amik perhatian anda dalam tak sedar, dan pada masa itu jugak anda boleh tertarik dengan kata-kata dia. Hoh! Parah..

6.mancho
“dulu ex-gf I ada 18” cukup membuktikan yang anda tu hebat dan sangat mancho. Tapi bila lipas lalu sebelah kaki, terkeluar suara ayumu. Ape kes??

7.status
“abang masih solo, agak-agak bila kita boleh couple?” padahal bini baru je lepas bersalinkan anak yang ke-4..

8.saiz penis
lelaki memang tak nak kalah dengan satu-satunya senjata yang dia ada. Sebenarnya bukan dekat pompuan je, mostly spesis ni dekat lelaki pun dia nak menipu. “haku punye 15 inci” logic ke orang asia macam kita nih? Pompuan tengok pon pengsan lah!

9.seks saya hebat
ini pon sama jugak. Sebetulnya, yang meng-control adalah wanita, lelaki cuma jalankan tugas yang diberi! So bagi aku, patut diberi pujian pada wanita. Jika dia pandai control, maka hebatlah seks itu.

10.onani
semua lelaki melakukan onani. almost 99.999% so perempuan, jangan tak percaya bahwa boyfriend anda tak melakukan onani walau dia sedikit pun tak menyentuh anda!

p/s: lepas ni part pompuan plak.. :D